Thursday 26 May 2016

PONTIANAK ATAU MATIANAK??

Apakah Matianak ini? Matianak adalah sejenis hantu atau golongan jin yang tempat tinggalnya di kawasan paya dan hutan. Dari segi fizikal matianak tidak ada bezanya dengan pontianak ini kerana asal-usulnya sama sahaja. Menurut orang-orang tua matianak ini mempunyai dua cangkuk di belakang badan dan juga juga di depan badannya. Itu memudahkan ia bergayut di pokok dan cangkuk di depan kegunaannya untuk menyambar mangsa.


Asal usul matianak ini adalah seorang perempuan sarat mengandung yang telah kematian suami dan menghitung hari untuk melahirkan anak sulungnya. Akhirnya dia telah mati ketika melahirkan anaknya. Orang kampung bersepakat untuk tidak mengebumikan jenazah perempuan yang mati mengandung itu kerana ianya tidak pernah berlaku dalam sejarah suku kaum mereka. Jadi mayat perempuan yang mati itu telah diletakkan di pokok ara dan telah dibuat seperti para-para di atas pokok untuk meletakkan mayat perempuan tersebut. Kemudian bermulalah kemunculan matianak.

Gangguan matianak kepada manusia dengan cara membuat tangisan bayi, nyanyian mendayu, cakaran di dinding atau pokok serta menjatuhkan daun-daun pucuk muda. Sekiranya kita duduk di bawah pokok dan tiba-tiba banyak daun-daun pucuk muda jatuh maka anda disarankan berhati-hati atau cara mudah iaitu melarikan diri. Matianak juga suka mengganggu perempuan yang bersalin dengan menahan kandungan keluar dari perut ibu. 

SERTAI PARTI LIAR, 14 ANAK MUDA DITAHAN KHALWAT BERAMAI-RAMAI

Seramai 14 anak muda termasuk empat wanita ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) selepas dipercayai menyertai parti liar di sebuah apartment di Jalan Hamzah, semalam.

Semua suspek berusia 17 hingga 25 tahun itu ditahan dalam serbuan bersepadu yang turut disertai oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) kira-kira pukul 10.30 pagi.

Semasa serbuan dilakukan di sebuah bilik di tingkat 17 bangunan itu, hampir keseluruhan mereka berada dalam keadaan khayal akibat pengambilan dadah jenis pil kuda.

Difahamkan, parti liar itu diadakan bermula lewat malam hingga ke pagi dengan diiringi muzik kuat bagi meraikan seorang rakan mereka.

Walau bagaimanapun, rakan mereka yang diraikan terlebih awal meninggalkan bilik sebaik parti tamat, manakala yang lain masih berada di bilik terbabit kerana dikatakan khayal akibat pengaruh dadah.

Seorang gadis berusia 25 tahun yang terlibat dengan parti itu memberitahu, dia menyertai parti tersebut pada pukul tiga pagi setelah diajak oleh rakannya.

“Hari ini saya tidak bekerja jadi datang ke bilik ini untuk berhibur bermula pukul 3 pagi tadi. Saya tidak mengambil dadah, saya hanya menghisap rokok sahaja,” katanya.

Pembantu Hal Ehwal Islam JAHEIK, Mat Jusoh Seman berkata, pihaknya menerima makluman daripada pihak MPKB-BRI berhubung beberapa orang lelaki dan perempuan bukan muhrim berada dalam sebuah bilik di tingkat 17 bangunan ini.

“Setibanya di bilik berkenaan pihak penguatkuasa terpaksa mengetuk pintu bilik kira-kira 30 minit sebelum dibuka. Pemeriksaan di bilik terbabit kita menemui 10 lelaki dan empat wanita.

“Kesemua mereka ditahan dan dibawa pejabat JAHEIK untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 9 (3) dan (4) Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan kerana khalwat beramai-ramai,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, Penolong Pengarah Penguatkuasaan AADK Kelantan, Aman Mustapha berkata, hasil ujian saringan air kencing yang dilakukan mendapati kesemua gadis terbabit serta lapan lelaki lain berada di bawah pengaruh dadah

“12 daripada suspek yang ditahan termasuk empat gadis didapati positif mengambil dadah jenis Amphetamine dan tindakan akan dibuat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah,” katanya. – 26 Mei 2016.

Lain-lain